Mengambil pinjaman peribadi boleh menjadi penyelesaian yang sempurna apabila anda memerlukan dana tambahan untuk membiayai perbelanjaan anda. Anda boleh menggunakan pinjaman ini untuk membeli apa sahaja; kemampuannya tidak terbatas selagi anda menggunakan pinjaman anda secara bijak. Mengambil pinjaman ialah satu tanggungjawab yang besar, tetapi jika anda merancang dengan sewajarnya, anda mampu memaksimumkan pulangan anda dan menikmati faedah yang besar.
Pinjaman peribadi yang biasa di Malaysia termasuk pinjaman bercagar, pinjaman tak bercagar, pinjaman Islamik dan pinjaman konvensional[1]. Sekiranya anda berminat untuk mengambil pinjaman peribadi, artikel ini akan membekalkan pandangan yang berguna dan relevan kepada anda.
Apa itu pinjaman peribadi?
Pinjaman peribadi boleh ditakrifkan sebagai pinjaman yang membantu anda mendapatkan keperluan kewangan semasa anda. Anda kemudiannya akan membayar jumlah keseluruhan yang diberi kepada anda, ditambah faedah, dalam ansuran bulanan yang kecil dari masa ke masa. Dalam kebanyakan kes, pinjaman peribadi adalah tak bercagar, bermakna anda tidak perlu memberikan sebarang cagaran ketika memohon pinjaman peribadi.
Kelebihan pinjaman peribadi
Beberapa sebab rakyat Malaysia perlu mengambil pinjaman peribadi – membeli kereta, pembiayaan semula kredit, memulakan atau mengembangkan perniagaan, membiayai pengajian lepas ijazah, penyatuan hutang, melancong, membeli set televisyen mewah, membayar perbelanjaan yang tidak dijangka seperti kecemasan perubatan, membiayai majlis perkahwinan…seperti yang kami telah katakan, kemungkinannya tidak berkesudahan.
Perkara terbaik mengenai pinjaman peribadi ialah pemberi pinjaman anda tidak kisah bagaimana anda membelanjakan wang tersebut, oleh itu anda mempunyai fleksibiliti untuk membelanjakannya seperti yang anda mahukan. Satu lagi perkara bagus tentang pinjaman beribadi ialah proses kelulusannya sangat pantas dan sangat dipercayai. Tambahan pula, kadar faedah yang dikenakan kepada pinjaman peribadi adalah lebih rendah berbanding kadar yang dikenakan kepada kad kredit. Dengan ansuran bulanan tetap yang terkait dengan pinjaman peribadi, lebih mudah untuk anda membuat bajet.
Pinjaman peribadi tersedia dengan mudah sejak ramai pemberi pinjaman menawarkan pinjaman. Di samping itu, terdapat banyak kemudahan yang datang bersama pinjaman peribadi; anda boleh mendapatkannya pada bila-bila masa, di mana sahaja, dan tanpa perlu mempunyai kedudukan kredit yang cemerlang.
Undang-undang dan peraturan bagi pinjaman peribadi
Sama seperti perniagaan yang lain, dan dengan peningkatan jumlah penipu dalam dunia pinjaman, anda sangat disyorkan untuk mengikut undang-undang dan peraturan untuk mengelakkan penyesalan di kemudian hari. Pilih pemberi pinjaman dengan berhati-hati dan jangan tergesa-gesa memilih tawaran pertama yang anda dapat, kerana anda mungkin terlepas tawaran yang lebih baik. Kira kadar faedah secara berhati-hati untuk mengelakkan daripada terpedaya dengan metrik yang mengelirukan. Jauhi skim ansuran bulanan (EMI) 0% kerana skim tersebut datang bersama caj tersembunyi yang tinggi. Jangan mendekati terlalu ramai pemberi pinjaman kerana anda akan berisiko untuk memburukkan skor kredit anda. Jangan memilih EMI pendahuluan kerana jumlah bayaran semula akan meningkat, dan periksa sebarang penambahan caj yang tidak perlu dengan cermat.
Syarikat yang mana di Malaysia yang menawarkan pinjaman peribadi yang terbaik?
Terdapat pelbagai bank dan syarikat pinjaman wang yang menawarkan pinjaman peribadi di Malaysia. Di sini kita melihat beberapa syarikat yang terkemuka:
1. Alliance Bank: Sekiranya anda mahu mengembangkan perniagaan anda, bank ini menawarkan pinjaman peribadi terbaik bagi pengembangan perniagaan[2].
2. RHB: Mereka menawarkan pelan pembiayaan ‘RHB Easy Pinjaman Ekspres’, yang paling sesuai untuk membiayai perbelanjaan kecemasan[3].
3. JCL: Pelan pinjaman yang ditawarkan oleh JCL paling sesuai untuk tujuan-tujuan yang tidak berintensifkan modal seperti melancong[4].
Apa yang membuatkan mereka berbeza?
Unsur-unsur yang menjadikan syarikat pinjaman wang dan pelan pinjaman mereka unik termasuk kadar faedah yang dicaj, jumlah pinjaman yang ditawarkan, tempoh pembayaran balik pinjaman, tempoh kelulusan, syarat pendapatan minimum, dan syarat umur.
Apakah kelebihan terbesar mereka?
Syarikat-syarikat pinjaman wang yang disenaraikan di atas berkongsi banyak kelebihan yang sama. Namun begitu, terdapat juga kekuatan khusus syarikat yang menonjol. Kelebihan mengambil pinjaman dengan Alliance Bank ialah anda akan dibenarkan meminjam sehingga empat kali jumlah yang anda perolehi setiap bulan sebagai pendapatan kasar. Untuk RHB pula, proses kelulusan pinjaman sangat pantas; pinjaman peribadi anda akan diluluskan dalam tempoh 24 jam dari masa permohonan.
Dengan pelan ‘pinjaman peribadi JCL’ daripada JCL, anda akan kurang bimbang tentang bayaran pendahuluan yang tinggi; mereka cuma mengenakan 0.5% daripada jumlah pinjaman yang diluluskan sebagai duti setem. Selain itu, caj pengeluaran juga tidak dikenakan.
Kesimpulannya
Mengambil pinjaman peribadi ialah pilihan yang bagus sekiranya anda mencari jalan untuk mendapatkan wang. Namun begitu, tidak digalakkan untuk mengambil pinjaman semata-mata untuk itu; ingat, pinjaman peribadi akan menjadi hutang yang datang bersama bayaran dan kadar faedah yang tinggi. Lebih bagus untuk menilai sekiranya anda sangat memerlukan pinjaman sebelum mengambilnya. Sebelum anda mengambil langkah tersebut, buat kajian secara meluas, dan bercakap dengan perunding profesional.
[1] “Types of Personal Loans: Secured, Unsecured & More.” WalletHub, October 12, 2019. https://wallethub.com/edu/pl/types-of-personal-loans/67353/.
[2] “Alliance Bank Malaysia Homepage.” Alliance Bank. Accessed July 17, 2020. https://www.alliancebank.com.my/.
[3] “RHB Malaysia.” Main | RHB Malaysia. RHB Malaysia. Accessed July 17, 2020. https://www.rhbgroup.com/index.html.
[4] “JCL Credit Leasing Sdn Bhd: Get Loans Malaysia.” JCL Credit Leasing Sdn Bhd | Get Loans Malaysia. Accessed July 17, 2020. https://jcl.my/.